HOME PAGE

Modul Latihan Penderaan & Pengabaian Warga Emas (e-MEAN) untuk Petugas Jabatan Kecemasan

Pengenalan Ringkas

Selamat datang ke laman rasmi kajian mengenai Penderaan dan Pengabaian Warga Emas (EAN). Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan modul latihan atas talian dalam meningkatkan pengetahuan, sikap, dan keyakinan petugas Jabatan Kecemasan berkaitan isu EAN.

Penyertaan anda amat bermakna dalam usaha memperkukuh penjagaan warga emas dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Jabatan Kecemasan.

Nota Privasi

Data anda adalah sulit dan dikendalikan mengikut garis panduan etika. Penyertaan adalah sukarela, dan anda boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa sebarang implikasi.