1) Apakah modul ini?
Modul ini ialah latihan atas talian mengenai penderaan dan pengabaian warga emas untuk petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan, sebagai sebahagian daripada kajian bertajuk “Pembangunan dan Penilaian Modul Dalam Talian Bagi Penderaan dan Pengabaian Warga Emas untuk Petugas Kesihatan di Jabatan Kecemasan” (REC/07/2022 (PG/MR/158)).
2) Bagaimana cara sign in ke laman web modul?
- Peserta perlu sign in untuk menggunakan laman web ini.
- Masukkan username dan alamat emel.
- Gunakan nombor telefon sebagai password (supaya lebih mudah diingati).
3) Mengapa kajian ini dijalankan?
Penderaan dan pengabaian warga emas sering kurang dilaporkan. Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, sikap dan keyakinan petugas dalam mengesan, melapor, dan memulakan intervensi yang sesuai.
4) Siapa yang layak menyertai?
Pakar Perubatan Kecemasan (EP), Pegawai Perubatan (MO), Penolong Pegawai Perubatan (MA) dan Jururawat Terlatih (SN) yang bertugas di Jabatan Kecemasan.
5) Adakah penyertaan ini sukarela?
Ya. Penyertaan adalah 100% sukarela. Anda boleh menolak atau menarik diri bila-bila masa tanpa penalti.
6) Apakah komitmen masa yang diperlukan?
Anda diberi 2 minggu dari tarikh menerima pautan untuk menamatkan modul pada kadar masa sendiri.
7) Apakah yang perlu saya lakukan jika menyertai?
- Sign in dengan memasukkan alamat emel, username, & password (gunakan nombor telefon supaya mudah diingati).
- Isi borang pra-penilaian (sebelum modul). Peserta hanya boleh mula membaca modul selepas melengkapkan borang pra ini.
- Ikuti kandungan nota & multimedia secara atas talian.
- Setelah selesai modul, isi borang pos-penilaian (selepas modul).
8) Berapa lama tempoh setiap penilaian?
Kebiasaannya singkat (beberapa minit). Tempoh tepat bergantung kepada kelajuan anda menjawab.
9) Adakah terdapat ganjaran?
Ya. Peserta yang menyelesaikan modul dalam tempoh ditetapkan serta mengisi kedua-dua borang pra dan pos akan menerima token RM10 melalui e-wallet pilihan anda.
10) Apakah manfaat kepada saya dan komuniti?
Latihan ini membantu anda lebih peka dan yakin mengesan serta mengurus kes EAN di Jabatan Kecemasan. Dapatan kajian menyumbang kepada penambahbaikan modul sebagai pendidikan perubatan berterusan dan amalan klinikal.
11) Apakah risiko penyertaan?
Risiko adalah rendah.
12) Bagaimana kerahsiaan data saya dilindungi?
Maklumat anda dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan kajian. Tiada pendedahan kecuali dikehendaki undang-undang. Dengan meneruskan, anda membenarkan penelitian rekod, penganalisisan dan penggunaan data kajian secara agregat.
13) Adakah identiti saya akan didedahkan dalam laporan?
Tidak. Laporan/penerbitan akan menggunakan data ringkas/terkumpul tanpa mengenal pasti individu.
14) Apakah kos untuk menyertai?
Tiada bayaran dikenakan.
15) Apakah keperluan teknikal?
Peranti dengan pelayar web (telefon/komputer/tablet) dan capaian Internet stabil. Disaran menggunakan pelayar yang dikemas kini.
16) Bolehkah saya berhenti selepas bermula?
Ya. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa. Namun, token RM10 hanya diberikan jika anda menamatkan modul dan melengkapkan kedua-dua penilaian.
17) Adakah saya akan menerima sijil/CPD?
Buat masa ini tiada sijil/CPD disediakan secara automatik. Sekiranya anda memerlukannya, sila berhubung dengan penyelidik.
18) Siapakah penyelidik yang boleh dihubungi?
Dr Abbas Mohd Firdaus — Tel/WhatsApp: 013-4066428.
Sila hubungi jika ada soalan mengenai kajian, hak anda, atau isu teknikal modul.
19) Nombor rujukan kelulusan etika?
REC/07/2022 (PG/MR/158).
20) Bagaimana cara mula?
- Klik pautan laman web yang diberikan.
- Sign in- masukkan username, alamat emel dan password (gunakan nombor telefon supaya mudah diingati).
- Lengkapkan borang pra-penilaian.
- Ikuti modul.
- Lengkapkan borang pos-penilaian selepas selesai modul.